Jumaat, 31 Julai 2009

11 december 2008

Ini lah dia wajah2 Adam Harith pertama kali melihat dunia..aku lahirkan Adam Harith secara caeseran..sepatutnya aku 15/12/08 tapi aku sakit awal plak 11/12/08 dah sakit pada awal pagi tu tak sangka plak aku nak bersalin..tapi sepatutnya due date on 04/01/09..siap dah pecah air ketuban lagi..masa tu aku ingat aku dah terkencing dalam kain.malu aku kat MIL.aku ingat sakit perut biasa sebab papa adam pon sakit perut gak..masa itu kena plak raya haji kan..aku pikir mesti salah makan kot..sekali MIL aku tengok gaya aku dah macam nak bersalin..terus dia ajak pegi hospital.

Sampai sana dalam kul 9.00pg doctor masuk dalam kul 9.15pg mcm tu selamat lahirkan Adam Harith kul 9.57pg.. berat 2.5kg aje.pas aje bersalin tu Ya Allah tuhan aje yang tahu sejuk sampai mengigil aku time tu..Time tu MIL,FIL and Papa Adam semua nangis tengok aku..tapi time aku x bape ok sangat lagi masih mamai2 lagi.aku senyum aje la...

Nurse ada tunjukkan aku Adam Harith kat aku tapi aku x bape nak sedar sangat cuma aku tanya girl or boy?dia cakap boy..hmmm..pastu tanya Papa Adam comel x baby kita, dia comel sangat..(iya la anak sendiri mesti la kata comel, abis sapa lagi nak kata comel kan..hahaha)




Ini baru kuar dari operation room
time orang bawak kat Papa Adam suh azankan
ini hari ke bape aku tau ..(sebab Papa dia tiap2 ari pegi dia kat nursery tu)
comel sangat bagi aku Adam Harith nie..i love him..

Khamis, 30 Julai 2009

Cuba Dengar dan Hayati

Cuba anda dengar dan hayati lagu kat bawah...apa perasaan anda semua..




Ayah Dan Ibu

Artist: Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


Time aku dengar lagu ni sayu dan teringat kat mak abah aku kat kampung nun

konspirasi kematian MJ..




Konspirasi Kematian Michael Jackson Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah
dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.



Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain


p/s-aku pun tak tau betol semua nie,Aku berharap mmg MJ seorang Islam..marilah kita sama hadiahkan dia Al fatihah ramai2.semoga roh dia aman damai disana.
Semua yang kat atas tu aku dapat dari email dari zue






Aku Kesunyian..

Sekarang ni tinggal aku ngan adam aje kat umah nie...papa adam bz ngan keja, blk pon Adam dah tido..Aku bosan gak dok umah xda sapa nak sembang..sembang ngan Adam aje..syukur ada Adam Harith dia lah penghibur hati aku yang sunyi dan bosan nie..leh la gelak2 ngan dia..

Aku sendiri tau apa nak tulih dah..yang aku tau aku rasa bosan dan malas...

Selasa, 28 Julai 2009

Bermacam2 Gaya Adam Harith Tido...

Untuk kali ini aku nak tayang gambar2 buah hati aku tido, dengan berbagai2 cara..tengok la kalu sudi yer..sebenarnya aku rasa kelakar sangat kekadang bila tgk adam tido..comel sangat..


ini dah penat sangat dah ni main..
tido macam orang banyak masalah anak mama nie..
ini plak anak mama tido macam orang tengah berfikir..hehehe
ini plak anak mama tido pegang bantal..

Adam Harith di Klinik Kesihatan Pasar Gombak..

Hari Isnin lepas aku dan Papa Adam pegi Klinik Kesihatan untuk monthly check up Adam...sepatutnya bulan ni tak payah checkup tapi dia disebabkan dia demam campak bulan lepas, so Nurse cakap x leh bagi injection...sebab bahaya..jadi minggu ni baru dapat pegi inject la..

Tapi memang tak sangka ramai gak orang minggu nie..kami sampai dalam kul 8am.dah dapat no 102.penat gak la kami menunggu dalam kul 10am lebih baru dapat masuk jumpa nurse..dan pertama kali aku nampak doctor kat situ..sejak aku bawak Adam pegi klinik x penah lagi la aku jumpa doctor kat situ..hari tu, kami x jumpa doctor pun ada baby tertentu aje jumpa..hmmm..entah la..

Oleh sebab itu aku dan Papa Adam selalu bawak dia pegi Private Klinik aje..senang..kita leh sembang dan mintak pendapat doctor pasal baby kita..hmm..apa2 alhamdulillah Adam Harith tak penah demam bila pas inject..cuma demam aritu aje sebab nak kena campak..cian tgk...

kat sini ada berapa2 gambar dia kat klinik,

Adam dan Mama tgh tunggu turn nak masuk jumpa nurse

memang duduk tak diam dia, menjerit la melompat la..
Adam tengah tunggu nak kena"cucuk"?(time ni dia tgk org nangis pas kena cucuk)

Ahad, 26 Julai 2009

Halim Bin Ahmad Dan Norlia Binti Mustafa

Siapakah dia orang kat atas tu??itu lah dia abah aku dan mak aku..kerana mereka lah aku wujud di dunia nie..Abah aku yang banyak bersusah payah dengan Mak aku untuk membesarkan kami 5org nie..mcm2 keja abah dan mak wat..

Mak sanggup jual kuih dan abis semua barang kemas mak jual untuk hantar kami pegi belajar..sedihnya bila ingat balik..terasa air mata bergenang kat mata ni, untuk besarkan kami adik beradik.(terasa aku banyak dosa ngan mak, dulu masa aku budak selalu melawan cakap mak dan kekdg tetinggi suara kat mak) Ampunkan dosa Intan mak..

Abah sanggup wat apa keja sekali pon...walaupun ada bekas jurutera..tapi abah sanggup jual ikan,jadi pak guard kena jaga tempat2 yang sunyi sebab abah berenti keja dan buka bisnes pastu ada plak orang tipu abah abis semua barang2 yang abah bisnes ke curi..jahat betul orang tu, bila abah dah bagi kepercayaan dia plak songlap duit dan barang yang wat keja..

Kami adik beradik dimanja dan dibelai, ditatang mcm minyak yang penuh...permulaan hidup kami pada awal mewah..aku masih ingat bila apa aja kami mintak abah dan Mak mesti tunaikan..pastu bila kami jatuh susah kami adik beradik masih kecik tak paham keadaan sebenarnya..Mak ada citer..masa tu yang ada cuma meggi kat umah kalu x salah aku..masa tu aku masih kecik rasa nya dlm 5 6 tahun..aku ni jenis makan memilih sket..Mak aku wat kan mee meggi,aku nangis tak nak makan..aku mintak kat Mak..nasi dengan lauk ayam..Masa tu, Mak nangis..mana nak cari nak bagi aku makan..bila fikir balik nape aku time tu..

Masa tu jugak kami sekeluarga tak da sapa yang tolong, dan orang yang pernah Abah dan Mak tolong xda sapa pon yang datang jenguk kami masa tu..semua jauhkan diri.betul kata2 org tua2 "kawan masa senang ramai, masa susah mmg susah nak cari"

Dan sekarang setelah berumahtangga, aku tau macam susah nak besarkan anak..macamana rasa sayang pada anak..Patut lah..Abah dan Mak penah kata"Kalu boleh apa yang ada pada anak orang lain, itu lah Abah dan Mak bagi pada Ampa semua..sebab tak mau ampa rasa terasing atau di ejek oleh kawan2"..Sekarang macam tu perasaan aku pada Adam Harith..kalu leh aku nak lakukan yang terbaik untuk dia..

Dan aku selalu berdoa pada Allah supaya "Ampun doa kedua Ibu bapa Ku dan murahkan rezeki mereka"...Dan pada Mak Abah "Ampunkan Dosa Intan selama nie..Intan sayang pada Mak dan Abah"
Tanpa kalian berdua siapa la aku..

Sekarang aku selalu melawat blog abah, disitu abah selalu bagi nasihat dan doa2 untuk kami amalkan dan citer jenaka untuk kami bersama..setiap kali aku membaca pesanan Abah terasa syahdu dan Aku bangga mempunyai Abah dan Mak seperti Mereka berdua..





Alhamdulillah..Adam Harith Sihat..


Pada hari Jumaat lepas, aku dan Papa Adam bawak dia pegi Klinik..Memang risau pasal dia selsema dan ada mcm benda gigit kat belakang badan..Mula la aku pikir mcm2..tapi tak nak cakap aje kat mulut..aku pikir anak aku ni kena chicken pop ke?kayap ke?mcm2 la bermain dalam pikiran aku..

Mula2 Papa Adam ada Meeting tak dapat balik awal, susah hati gak la takut melarat kot dia pegi ke tempat lain. Last2 Papa Adam dapat balik Awal, bila sampai aje dari opis terus kami pegi ke Klinik..lama menunggu giliran..ramai gak rupanya budak2 yang sakit..

Alhamdulillah, bila jumpa Doctor Hisham Adam, dia beri penjelasan yang panjang naper baby leh kena selsema..katanya baby ada kena selsema atau demam bila lepas 5bulan kerana diorg nak bentuk antibody sendiri sebab sebelum ni diorg bergantung dengan antibody mama dia..Doctor cakap lebih elok jangan bagi makan ubat dulu biar dia bentuk antibody untuk melawan selsema..kalu kita bagi kita tak tau mcm dlm badan babytu..makan ubat bila perlu saja..

Pasal biji kat belakang badan Adam, dia kata bagus datang check..sebab takut kena kayap atau chicken pop..hmm mcm aku oikir..dia kata benda ni tak da apa cuma kena bakteria aje..sebab tu jadi mcm tu..so, balik tengok tempat2 dia baring mungkin kat situ ada bakteria..hehehe..hmmm...mcmana leh kena ni..aku terpikir gak sebab kalu kain cadar ke apa semua aku selalu tukar..mgkn aku buka tingkap kat dalam bilik pegi kat katil.Doctor bagi ubat sapu aje..

Pada kawan2 aku semua, yang mendoakan Adam sihat..tima kasih banyak2..Adam dah makin sihat dan lasak.semput aku dibuatnyer..hehehe..sayang anak mama.

Jumaat, 24 Julai 2009

Kena apa entry di bawah tu...

Nak tau nape ade entry kat bawah tu sebab Adam Harith entah apa entah gigitan dia kat belakang dia..aku risau sangat..ni tengah tunggu Papa Adam balik dari ofis dia sebab aku ni tak pandai bawah keta..tu lagi satu masalah semua nak kena ngan orang kalu ada lesen dan pandai bawak keta sendiri aku dah bawak Adam pegi Klinik awal2 lagi..

sebenarnya aku risau sangat..Ya Allah Ya tuhan lindungi la anak aku dari perkara buruk2 pada anak aku..

Mengendali Sengatan Serangga Pada kanak-Kanak


Oleh Prof. Mohamed Isa Abd. Majid

Pusat Racun Negara

Serangga daripada janis lebah, penyengat, tebuan dan tebuan tanah mempunyai kepentingan perubatan yang besar kerana gigitan atau sengatannya boleh menyebabkan tindakbalas keracunan mendadak serta alahan yang boleh membawa maut. Belakangan ini terdapat beberapa laporan akhbar tentang kejadian serangan lebah yang telah meragut nyawa kanak-kanak.


Bagaimana ini boleh terjadi?

Serangga ini adalah jenis serangga dari kumpulan hymenoptera yang mempunyai sengat bersambungan dengan saluran kantung racunnya di tapak sengatan supaya bahan racun terus mengalir ke dalam tubuh mangsanya. Sejenis bahan kimia yang disebut pteromone juga ditinggalkan kepada mangsanya bagi menarik perhatian lebah lain supaya menyerang mangsa tersebut.

Bagi langkah kecemasan pada sebarang gigitan serangga, langkah umum yang diambil adalah berdasarkan kepada anggapan bahawa setiap gigitan boleh memudaratkan kesihatan mangsa.

Jika ini berlaku, mangsa sengatan boleh menunjukkan salah satu tindakbalas berikut: untuk mangsa yang pertama kali disengat, kesan kesakitan dan rasa panas dirasai pada tapak sengatan. Bengkak merah akan muncul selepas sengatan tersebut dan bengkak ini akan hilang selepas satu hingga dua jam. Bahan beracun himenoptera boleh menghasilkan kesan-kesan reaksi setempat dalam masa beberapa jam, antaranya gerak balas badan (bahagian sengatan kelihatan timbul), rasa gatal, sakit dan bengkak kemerahan. Kesan-kesan ini akan surut dalam beberapa jam kecuali jika sengatan di mulut atau kerongkong yang menyebabkan reaksi ini boleh menyempit saluran pernafasan. Jika mangsa alah kepada bahan racun tersebut, kejutan anafilaksis akan dialami.

Untuk mangsa yang pernah mengalami sengatan sebelumnya atau menunjukkan kesan alahan yang keterlaluan, bengkak merah yang muncul akan merebak ke kawasan lain untuk menyebabkan mangsa mengalami kesan-kesan lain seperti pening, sakit kepala, sakit perut dan rasa lemah badan. Jika sengatan yang berlaku meliputi keseluruhan badan seperti di dalam sengatan sekawan besar serangga, tindakbalas alahan menjadi teruk sehingga mangsa boleh mengalami bengkak di saluran pernafasan, susah bernafas dan pengsan.

Kematian mengejut boleh berlaku jika langkah kecemasan tidak dijalankan ke atas mangsa sengatan ini. Reaksi alahan ini menjadi ketara antara 30 minit hingga 24 jam selepas disengat.

Reaksi luar biasa ini hanya terhasil daripada pembabasan bahan kimia yang dapat menghasilkan kejutan (penurunan tekanan darah), penyempitan sistem pernafasan, ruam menyeluruh dan bengak pada saluran darah. Ini membuatkan pesakit merasa sesak nafas, tidak sedarkan diri atau boleh menyebabkan maut. Reaksi ini biasanya dialami pada mangsa alah yang pernah disengat oleh tebuan atau lebah.

Reaksi anafilaksis, walaupun ringan (hanya ruam, lecur dan tidak mengancam nyawa) tetapi masih perlu dirawat di hospital atau klinik. Reaksi anafilaksi selalunya berlaku selepas badan menjadi peka (sensitisasi) apabila sedikit alergen terkandung pada racun yang masuk ke dalam tubuh mangsa menghasilkan reaksi pada sel-sel sistem pertahanan badan. Ini menjadikan sistem pertahanan lebih peka (hipersensitif) kepada bahan tersebut apabila didedahkan seterusnya. Selalunya sengatan pertama atau sengatan sensitisasi ini tidak disedari oleh mangsa kerana ia tidak menghasilkan kesan yang ketara selain reaksi setempat. Keupayaan hipersensitiviti hasil daripada sengatan sensitiasi boleh bertahan dari berberapa bulan hingga beberapa tahun.


Apakah langkah-langkah kecemasan yang perlu dilakukan?

  1. Mana-mana bahagian tubuh yang terdedah boleh menjadi sasaran sengatan serangga. Apabila bekerja di luar rumah pastikan anda memakai baju berlengan panjang, seluar panjang dan kasut.

  2. Elak memakai pakaian bercorak bunga-bunga dan berwarna-warni kerana ini akan menarik perhatian serangga himenoptera.

  3. Pastikan anda tidak memakai bau-bauan atau minyak wangi atau bahan yang berbau kuat kerana ini boleh menarik perhatian serangga himenoptera.

  4. Apabila berkelah pastikan makanan yang manis atau sisa makanan tidak terdedah kerana ini boleh menarik perhatian serangga himenoptera.

  5. Jangan ganggu sarang serangga. Jika diusik, serangga cenderung untuk menyerang bagi melindungi sarangnya.

  6. Gunakan racun serangga atau ubat sapu penghalau serangga di badan untuk mencegah gigitan atau sengatan serangga.

Apabila menghadapi serangga tebuan pergerakan yang perlahan untuk mengelak lebih baik daripada pergerakan cepat untuk melarikan diri atau cubaan untuk membunuh serangga tersebut.


Jika anak anda terkena sengatan serangga

  1. Jika disengat oleh serangga, jangan tampar atau bunuh haiwan serangga tersebut. Kebiasaanya, serangga akan meninggalkan pundi sengat ke dalam kulit yang akan tertolak lebih dalam masuk ke kulit dan akan menyukarkan pengeluaran pundi sengat tersebut. Tepis serangga daripada kulit dan perhatikan sama ada pundi sengat masih tertanam di dalam kulit. Jika dapat melihat pundi sengat tersebut, gunakan pengumpil atau penyepit untuk menanggalkan pundi sengat.

  2. Guna tali tornikuet untuk mengikat bahagian tangan atau kaki di atas tapak sengatan. Ikatan ini akan menperlahankan sebaran sengat ke bahagian lain tubuh.

  3. Basuh kawasan sengatan dengan sabun dan air dan letakkan ais ke atas tapak sengatan untuk mengurangkan bengkak.

  4. Hadkan pergerakan kaki atau tangan yang mengalami sengatan. Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segara.




Khamis, 23 Julai 2009

Adam Harith Makan

Video ni aku amik masa mula dia belajar makan..masa ni bib pon xbeli lagi.kekdg dah pegi nak beli pastu lupa bila tgk benda lain..lagipon dia BF sepenuhnya..jadi lupa plak anak aku dah leh makan.dah lama aku nak upload video..tapi mcm malas nak tggu lama dan ari ni aku rajin sket nak upload video Adam Harith yang comot nie..

Ok lagi satu "nani" tu mak aku ataupun tok @nenek..disebabkan kami ada darah campur pakistan dan cina sket..sebab tu la panggil nani.hehehehe..

Selamat terhibur..kalu tak terhibur pon wat aje la terhibur yer ngan keletah anak aku nie..



sorry la kalu gambar tak clear sangat..nak tau nape dia berbunyi mcm tu sebab dia nak jalan ngan walker dia..org x bagi suh makan dulu baru leh jalan ngan walker tu..


Lagu Dan zikir Adam Harith suka...

Adam sekarang dah pandai nak dengar lagu2 dia..kalu kita buka lagu atau zikir untuk dia mesti dia marah kalu benda tu dah abis..terpaksa la aku ulang sampai 2 3 kali..lagu dan zikir yang sama..kalu azan dia cukup suka...siap ter nganga lagi dengar dan tengok ada kat TV..

Lagi satu kalu aku nak wat keja aku pasang aje zikir atau pon lagu2 kegemaran dia..mesti dia x nangis sebab aku tinggalkan dia pegi dapo ke sidai baju atau apa2 pon..janji dia suka ngan lagu2 dan zikir tu..

Selamat terhibur ngan lagu adam dan zikir dia










ok selamat berhibur dan menghayati..

Dah Masuk Pagi...

Sekarang dan kul 1am..mata aku belum lagi mau tido..syok tgk Papa dan Adam tido..Mama gak tak leh tido..entah mata ni susah sangat nak tido rasa...sebenarnya aku ni tgh pikir nak cari keja nak tolong Papa Adam..cian dia..al maklum aje idup kat KL ni byk mana duit pun kekdg tak cukup...lagipon dah lama tak rasa pegang duit sendiri..kalu ada duit sendiri ni senang sket kan nak shopping ke apa ke tak yah nak tunggu duit dari hubby..betul x?

Tapi masalahnyer aku cian plak nak tinggal Adam ngan orang..entah la nak kena cari BS yang bagus..mcm BS kak aku..semua baik dan bagus belaka..sayang bb mcm anak dia sendiri..sampai besday pon dia yang tolong wat untuk budak tu..duit upah jaga budak tu abis dia guna beli barang budak tu..hehehe.tapi aku tak lah nak sampai sekali..pada aku janji dia sayang anak aku sudah..jangan jadi perkara yang diingini susah..
anak aku bukan anak patung atau mainan..dia pon manusia gak..

ok lah ..aku dah tido plak rasa..Adam macam dah bunyi2 tu..nnt dia sedar aku tak da kat sebelah abis semua jiran terjaga..kan aku kata..dah ada bb lain yang nangis nak susu la tu..ok gud night..muahhh..hahaha..

Rabu, 22 Julai 2009

Adam Harith suka mengemas...

Sekarang Adam Harith dah pandai mengemas kalu korang nak tau..abis semua dia tolong aku kemas..hehehehe..kalu nak tau anak aku sorang dah pandai tarik barang2 yang susun..abis semua tudung meja aku dia tarik..sekarang nak tak letak tudung meja lagi..

semalam nasib baik laptop Papa Adam tak jatuh..dia pegi tarik tudung meja tu..fuhhhh...nasib baik kalu x aku kena marah dan laptop rosak x leh la aku nak berblogging lagi..kena tunggu Papa Adam repair dulu..(tu pon kalu Papa Adam nak repairkan)

Aku lipat kain dia pon lipat sama..aku susun dia tarik semua baju yang aku susun cantik2..hehehe
Lagi satu semua benda nak masuk dlm mulut..asal jumpe barang semua dia test rasa..hahaha..
time ni Adam tengah tido..lega sket leh aku berehat2 and update blog aku kejap..lagi xda benda lain nak citer tiap2 ari citer dia gak kan..

aku happy sangat ngan kehadiran Adam Harith dlm Hidup aku dan Papa Adam..menceriakan suasana biar la susahkan sket aku jaga dia..asalkan besar nanti jadi anak yang baik dan sayangkan aku dan Papa Adam..Amin...

Selasa, 21 Julai 2009

Adam Harith Bersama Papa dia...

Ni aksi2 Adam bersama Papa Adam..time ni kat Alor Setar..tengok la aksi dua orang yang aku sayang dalam hidup ku..masa ni aku baru balik tgk MIL aku kat hopital Alor setar..sekarang ni MIL aku dah kuar hospital petang pada ari yang sama aku dan hubby balik KL..

Adam tengok apa tu sayang...tengok la camera nie...
memang perangai kalu ada benda2 pelik bagi dia akan tengok sampai muncung2 lagi mulut dia..
tgk baru nak tengok camera..senyum lagi..mama suka bila tengok Adam senyum...

dah nak balik dah...

Bila Adam Harith Merap...

Ini lah gelagat anak teruna aku sorang ni..selalu aje nak berkepit ngan aku...hehehe..tapi xpa aku suka..tapi kalu dua tiga orang anak sekali gus pengsan gak aku..dia kalu aku nak bergerak dia nak ikot contohnya aku nak pegi dapo dia mesti nak ikot la(naik walker dia la)..aku jarang nak bawak dia masuk dapo sebab bahaya sket kan..minyak panas, air panas , pisau dan etc...hehehe..walau pon kita hati2 kekdg terleka gak kan..

Dibawah ni aksi Adam wat perangai di hari berbeza..aku sengaja amik gambar time wat perangai..yang bestnyer dia tgk camera diam aje terus..kelakor anak aku nie...sayang anak mama..besar jadi anak yang baik yer...pandai belajar, baca quran dan hormat orang tua...

sebenarnya gambar dia ni tgh nangis tapi nampak mcm senyum kan..hehehe

nampak dia sengaja golek2kan badan dia suh aku atau papa dia dukung dia...

ini baru muka nak nangis dan menjerit..hahaha

nangis sambil muncung2 mulut dia..asyik nak berkepit aje dia ngan aku...xpa aku suka..sayang anak mama..
dia nak bangun tapi aku xnak angkat..tgk angkat tangan nak suh angkat la tu..

Isnin, 20 Julai 2009

Adam Harith dan Sepupu2nya

Aku tak tau nak citer panjang sangat dah..ni gambar aku amik masa Adam dan sepupu balik tgk mak tok nak operation..sepupu2 Adam ni ramai perempuan cuma ada sorang aje laki..Amirul Zafri namanya..dia tak balik kampung sebab sekolah kat Kuala Lumpur..lagipun ayah dia tak cuti panjang.

Yang besar sket tu nama dia Nur Anis Nazirah dan yang kecik tu plak Amira Zahirah..yang tergolek ngan Adam tu Siti Nur Batrisyah..sepupu sebelah aku..yang lain tu sepupu sebelah papa Adam..Meriah gak la balik..macam2 perangai budak2 nie..yang bestnyer nangis bersahut sahutan..hehehe..paling best Adam la.. orang lain nangis dia pon ikut sedih..sentimental betul anak aku sorang nie..

Ada sorang baby aku lupa nak amik gambar..nama dia Amelia Zahra,anak buah papa adam.. dan lagi sorang tak balik gak Sara Atirah..yang ni beza 2bulan aje ngan adam.. Adam ada 5orang sepupu sebelah papa Adam dan coming soon tahun depan sorang lain..sebelah aku baru sorang la..


tengok tu adam nak amik teddy bear kak zahirah
semua bergambar ngan atuk(alor setar)
ini Adam dan Batrisyah dah tergolek penat..

Adam Harith dan Biskut


saya dah dapat biskut..
hmm..geramnyer

akhirnyer ini lah jadinyer muka saya..


Semalam aku bagi Adam makan biskut baby..dah lama beli tapi x berani nak bagi dia makan..takut tercekik..tengok aksi2 Adam bila dapat biskut dia..

Jumaat, 17 Julai 2009

aku rindu ibuku.....

Hari ni aku sangat menrindui ibuku yang jauh di Perlis..kalu leh nak aja aku bawak mak datang duduk ngan aku...rindu sangat rasa..rasa nak tepon aje..tapi masalahnyer kalu aku tepon mak aku nie..aku akan cakap berenti2..rindu sgt..pastu aku dapat penyakit lain plak..penyakit semput bila tgk bil tepon..anak aku pon aku rasa dia rindukan nanie dia..ya la tu la teman dia bermain tiap2 ari sepanjang sebulan lebih nie...Adam Harith dan Nanie Adam
sukernya adam dok kat nanie...

aku sangat merindui ibu ku...tuhan tolong la..aku begitu kesunyian dan dalam kerinduan membaluti


selamat sampai ke kl...

Akhirnya selamat sampai gak kami eskeluarga semalam dari pukul 10pm..kami bertolak kira pukul 2.30pm dari alor setar pas tgk MIL aku...MIL aku tak jadi nak wat operation sebab darah tetiba naik..atas nasihat doctor supaya ditangguhkan dulu operation tu...takut naik darah tu boleh menyebabkan pegi ke jantung...entah la aku x bape nak faham sangat tapi aku tau la tak leh wat operation sebab bahaya..

ok sambung balik citer aku balik ke KL..semlm jalan tak la jammed pon.. tapi disebabkan Adam Harith anak ku ni..yang semakin hyper nyer..bukan dia bukan main lasak lagi dalam keta..sorry la aku tak sempat nak amik gambar dia masa dalam perjalanan bukan apa, susah la sket nak bergambar..dok dlm keta pon bukan main lasak dia lagi abih tudung aku dia tarik bawak masuk dlm dia..adam..adam..sampai aku rasa semput la..last aku suruh papa dia berenti kat Bukit Merah amik angin kejap..ada la dalam 20minit macam tu..aku minum2 dulu ngan papa adam..

selepas jam bape kemudian kami berhenti lagi di Tapah..hmmm...kat sini lama la sket..sebab tukarkan Adam lampin, baju tangan panjang sebab air cond sejuk lagi pon dia selsema sket..pastu bagi dia makan dulu supaya senang sket bila perut dia kenyang...ye la mesti la dia tido..
kami berhenti kat sini dalam sejam lebih..aku dan papa adam minum aje la..

akhirnya kami sampai di umah lebih kurang pukul 10pm..sebab kami berenti makan malam kat kedai makan dulu sebab perut aku dah menyanyi dah..dalam kul 11pm Adam Harith pon tido sampai la pukul 8pagi esok pagi...

Sabtu, 11 Julai 2009

hanosazi oil...

penah dengar tak pasal hanosazi oil ni..reen dah jadi pengedarnya tau..memang bagus pakai hanosazi oil ni..bagi orang pompuan dan lelaki...dia pati minyak herba tau..sekarang product yang terbaru minyak utk baby baik utk kembong perut ke apa ke..

nak citer panjang pun susah apa kata kawan2 pegi kat blog dia..dia sangat bagus dan berkesan reen pun dah pon pakai pati minyak serapat dan lulur memang bagus tul..

product hanosazi oilni sesuai utk babyutk org lelaki supaya perkasaserapat sesuai utk wanita bagi yang lepas bersalin dan luka2 kecil

utk buang angin dan kuruskan badan