Jumaat, 18 Mac 2011

Insan Yang Ku Sayangi


Mereka berdua adalah insan yang paling aku sayang, Adam dah makin besar..Papa maintain macam tu aje. Mama semakin menbina lemak di badan...apa2 pun kami keluarga bahagia..semoga sentiasa dirahmati Allah.Amin




Menu Hari Ini.

Hari ni hari yang membosankan bagi aku, tak ada apa yang menarik sangat seperti biasa , teman adam tengok TV dan main game dan kemas umah sket2.

Bila adam tido aku kena cepat siap menu untuk hari ini.Al maklum bila budak tengah menbesar ni..kita pegang yang ini dia pegang yang itu..huhuhu.Hari ini aku masak simple aje masak lemak udang with kacang buncis,daging masak merah dan lauk semalam ada lagi Ikan pari Asam pedas..cukup la tu untuk kami bertiga beranak, tak abis makan banyak2. Nak upload gambar masuk sini punya la lambat. So, tak payah la yer tengok gambar masakkan aku...biasa2 aje lagi pon..huhuhu

Selasa, 15 Mac 2011

Mendekatkan diri Dengan Allah

Semalam bila aku tukar channel tv ke TV9, ada rancangan tanya ustaz.penceramahnya Ustaz Hassan Din Al Hafiz,tajuk ceramah Alam kubur..MasyaAllah..terasa sangat insaf.bagaimana nak ku hadapi alam kubur sedang amalan ku masih la belum cukup..

Insyallah mulai sekarang aku akan tambah amal ibadat ku kepada Allah...semoga Allah panjangkan umur ku untuk aku memperbaiki amal ibadat ku kepadaNYA yang MAHA ESA.

Jumaat, 11 Mac 2011

Lirik Lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain)

Memandang aku suka sangat lagu..aku nak tempek lirik dia kat blog aku nie..buat aku terbuai2 dengan kata2 jiwangnya..


Sedetik Lebih Anuar Zain


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd



Khamis, 10 Mac 2011

Sibukkan Diri

Bila dah tak bekerja balik nie...aku nak penuh kan aktiviti harian aku dengan mencari resepi baru untuk mencuba, belajar edit gambar...huhuhu layan adam tengok movie cartoon...seronok sangat.bila dapat jaga anak sendiri..puas hati..


Gambar terbaru dengan Adam(mama dia dah makin tembam)


Selasa, 8 Mac 2011

Kembali Menulis di ruang nie...

Begitu lama aku tak menulis di ruang nie...memandang bz ngan tugas2 di rumah dan keja yang banyak tak terbuat...aku akan kembali menulis tentang cerita2 hidup ku bersama orang yang tersayang...