Selasa, 8 September 2009

Hmm..

Hari aku berbuka sorang2 sambil ditemani anak aku yang ceria memanjang ni dengan jeritan2 dia..Hubby aku ari ni berbuka dengan bos dia..aku ni tak da bos..sapa nak ajak berbuka posa bersama kan..kesian kat aku..hahaha..

Tak kan aku tak bagi hubby aku pegi kan..biar la dia sekali sekala makan sedap2 kat luar asyik makan masakkan aku aje..agak2 korang dia bosan tak makan masakkan aku..hahaha..ada ke patut soalan nie..

ok la aku nak bersiap sedia dah nak berbuka nie..aku masak simple aje arini sup ayam ,daging rebus dan air asam dan sayur goreng dah..tu la gak menu aku bersaho nanti..

P/s-Apa la agak mak aku masak kat kampung, teringat masa bujang2 dulu berbuka dengan family..bestnya..rindu sgt time tu..mak mesti sibuk kat dapo, kami adik beradik sibuk hidangkan makanan..


7 ulasan:

Nurhayati berkata...

ala simple ke 3 lauk tu.. meriah ape kan..semua ada. complete.. ;)

zura@iwan berkata...

ala reen jgn la cedih2....aku nk hb dh start shift ptg miggu ni...lg la bbuka sorang la aku..

azrina berkata...

nurhayati~hmmm...semua main rebus aje yati.malas nak pk masak teruk sbb mkn sorang.

zura@iwan~aku x la sedih sgt..tapi bosan buka posa sorang2.

wantie berkata...

jangan la sedey.. walaupun dia makan sedap kat luar sinun, masakan ko juga yg dia akan rasa sedap. Air tangan isteri la katakan.

Aku dah biasa bukak pusa sengsorang. Hubby kerja shif. Dah lali dah.

azrina berkata...

hehehe..xsedih la cuma bosan berbuka sorang2.lagipun kekdg terasa sunyi dari pagi smp mlm xda sapa nak bersembang..

zamdotcom berkata...

jangan la sedih intan oii..meh bawa anak hg berbuka kat rumah aku..kesian sgt aihh

p/s: boleh juga hg tolong masak ^^

azrina berkata...

zam aku x sedih la...awat ayat aku mcm sedih ka..alahai..