Jumaat, 11 Mac 2011

Lirik Lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain)

Memandang aku suka sangat lagu..aku nak tempek lirik dia kat blog aku nie..buat aku terbuai2 dengan kata2 jiwangnya..


Sedetik Lebih Anuar Zain


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd



Khamis, 10 Mac 2011

Sibukkan Diri

Bila dah tak bekerja balik nie...aku nak penuh kan aktiviti harian aku dengan mencari resepi baru untuk mencuba, belajar edit gambar...huhuhu layan adam tengok movie cartoon...seronok sangat.bila dapat jaga anak sendiri..puas hati..


Gambar terbaru dengan Adam(mama dia dah makin tembam)


Selasa, 8 Mac 2011

Kembali Menulis di ruang nie...

Begitu lama aku tak menulis di ruang nie...memandang bz ngan tugas2 di rumah dan keja yang banyak tak terbuat...aku akan kembali menulis tentang cerita2 hidup ku bersama orang yang tersayang...

Jumaat, 25 Disember 2009

Adam semakin notti...

Mungkin ada yang terfikir kan, apa benda yang Adam gigit tu..Dia gigit bekas jelly puding tu yang kita beli kat kedai tu..kita bagi makan puding tak nak,yang dia nak bekas tu siap yang macam puting.

Sambil tengok tv lagi
siap gelak2 lagi..
Nampak gigi 6 batang tu..

Rabu, 23 Disember 2009

Lama tak menulis..

Memang lama betoi aku tak menulis kat sini..sejak menjadi wanita berkerjaya ni..wah..eksyen la plak..hehehe..sememangnya aku bz sangat..kat umah tak sempat belek2 blog aku..al maklum la balik bz melayan Adam Harith ni..

Banyak citer aku nak kongsi kawan2 semua nnt aku citer kan ok..ini gambar terbaru aku dan adam..jeng jeng..

Jumaat, 23 Oktober 2009

Gempaq!!

Aku ada berita mengemparkan untuk kawan2..pertama sekali aku bersyukur kepada Allah kerana memberikan aku rezeki pada aku sekeluarga..

AKU DAH DAPAT KERJA...alhamdulillah aku dah start keja isnin aritu..best sangat..leh aku bantu suami aku..

Tapi kekadang aku sedih, aku terpaksa tinggal Adam.nasib baik mak aku nak datang kejap jaga anak sebelum aku anta Adam kat pengasuh start bulan depan..

Hari pertama aku keja, jatuh gak air mata aku ingatkan Adam kat umah..rindu sangat rasa..ya la aku tak pernah berenggang dengan dia..bila nak pegi keja mesti Adam nangis..sedih sangat hati nak tinggal dia..aku tekad dalam hati, ini semua kebaikan Adam gak..

Bila balik keja kekadang Adam macam merajuk ngan aku, sedih gak ati ni..bila bagi susu baru dia nak manja2 ngan aku..huhuhu..anak.anak..mama sayang Adam..

Isnin, 12 Oktober 2009

Kenduri dan Open House..

Semalam aku and family yang kecik ni, pegi kenduri and open house kekawan aku..hmmm...leh gak la..kenduri tu menarik sebab melayu kawin cina..jadi dia ada acara minum teh...aku tak sempat nak amik gambar..ramai gak yang nak amik gambar..dia buat kat dewan risda...Adam mengantuk la mama..

Open house kawan aku namanya faizul, tapi kita panggil jambu..hehehe..xda gak gambar sebab aku malas nak amik gambar bila ngan Adam yang semakin lasak nie..

Last aku pegi umah opismate lama aku, best...mak dia siap buat nasi ayam..sedap..bertambah gak la aku makan..macam nak kurus semua aku tibai semalam..hahaha..yang panggil aku suka mak dia bekalkan aku mangga...fuh..feveret aku mangga nie...malam tu gak makan..makan lagi.. Apa la..mama aku buat nie???hahaha

Balik umah semalam aku wat pasta plak..makan lagi..nampak gayanya aku dan mr hubby ku sedangkan meningkat berat badan kami ke makin buncit dan berisi..hahaha.dan pesanan untuk kawan kami jangan terkejut kalu jumpa kami dua makin berisi.itu bermaksud kami sangat bahagia dan semakin berbahagia..
Adam marah mama ker??

muka orang mintak nak main dan merangkak..


p/s-gambar2 kat atas tu masa time baru kuar umah nak pegi kenduri and open house..hehehe