Rabu, 18 Mei 2011

Mengapa Aku Terlalu Emosi Hari ini..

Bila melihat cermin hati berkata dah gemuk aku nie rupa2...muka dah ada garis2 halus...budak2 pon malu panggil aku mak cik..huhuhu..dah tua rupanya aku nie..tahun ni usia aku dah 30tahun..masih panjangkan umur ku ni..banyakkah amal ibadat ku..banyakkah dosa yang ku lakukan..macamana kalu Allah menjemput aku di waktu nie...hmmm...

Bila teringat zaman remaja banyak kenangan2 tak dapat dilupakan...tak payah la aku citer kenangan2 manis atau pahit..tak cukup rasanya nak aku citerkan disini..Hari berganti hari bulan berganti bulan tahun berganti tahun..sedar tak sedar aku dah ada suami dan sorang anak yang disayangi..

Bila kita menyayangi seseorang...adakah dia akan terus menyayangi kita sampai akhir hayat..sama seperti kita menyayangi dia..harap semua orang yang aku sayangi akan selalu menyayangi aku..hanya Allah yang tahu betapa aku meyayangi insan di sekeliling aku..Mak abah,suami,anak dan adik2 ku..semua begitu bermakna pada ku..

Bila aku fikirkan aku tak mampu untuk buat semua orang gembira ataupun berpuas hati dengan apa yang aku ada.aku bukan seorang yang sempurna.aku tak mampu puas hati semua orang.tak mengapa la janji mereka sayangkan aku sudah la..





Khamis, 5 Mei 2011

Family Days yang Tidak di rencanakan..

Minggu lepas minggu begitu bz sekali...hari perhimpunan family sebelah suami aku...walaupon penat tapi menggembirakan hati anak2 kami semua dan mak bapa semua penat melayan macam kerenah...sampai poning dah kepala tak larat layan...






Yang paling tak sangka abang ipar dan family aku dari Penang pon datang KL gak ari tu memandang hari cuti umum dan MIL dan FIL ada kat sini.So, jadi la family days untuk tahun ni..Alhamdulillah,dapat gak kami semua berseronok bersama..

Dan yang bestnya aku pindah ke rumah sendiri..Alhamdullillah rezeki tahun 2011, murah betul rezeki tahun untuk kami sekeluarga...happy sangat..suami pon keja tak der la teruk mcm dulu sejak tukar keja ni...pukul 7pm dah ada kat umah..tak macam dulu 3am-4am kekadang pon tak balik lagi...Alhamdulillah Allah bagi kemudahan pada aku dan family...






Jumaat, 18 Mac 2011

Insan Yang Ku Sayangi


Mereka berdua adalah insan yang paling aku sayang, Adam dah makin besar..Papa maintain macam tu aje. Mama semakin menbina lemak di badan...apa2 pun kami keluarga bahagia..semoga sentiasa dirahmati Allah.Amin




Menu Hari Ini.

Hari ni hari yang membosankan bagi aku, tak ada apa yang menarik sangat seperti biasa , teman adam tengok TV dan main game dan kemas umah sket2.

Bila adam tido aku kena cepat siap menu untuk hari ini.Al maklum bila budak tengah menbesar ni..kita pegang yang ini dia pegang yang itu..huhuhu.Hari ini aku masak simple aje masak lemak udang with kacang buncis,daging masak merah dan lauk semalam ada lagi Ikan pari Asam pedas..cukup la tu untuk kami bertiga beranak, tak abis makan banyak2. Nak upload gambar masuk sini punya la lambat. So, tak payah la yer tengok gambar masakkan aku...biasa2 aje lagi pon..huhuhu

Selasa, 15 Mac 2011

Mendekatkan diri Dengan Allah

Semalam bila aku tukar channel tv ke TV9, ada rancangan tanya ustaz.penceramahnya Ustaz Hassan Din Al Hafiz,tajuk ceramah Alam kubur..MasyaAllah..terasa sangat insaf.bagaimana nak ku hadapi alam kubur sedang amalan ku masih la belum cukup..

Insyallah mulai sekarang aku akan tambah amal ibadat ku kepada Allah...semoga Allah panjangkan umur ku untuk aku memperbaiki amal ibadat ku kepadaNYA yang MAHA ESA.

Jumaat, 11 Mac 2011

Lirik Lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain)

Memandang aku suka sangat lagu..aku nak tempek lirik dia kat blog aku nie..buat aku terbuai2 dengan kata2 jiwangnya..


Sedetik Lebih Anuar Zain


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd



Khamis, 10 Mac 2011

Sibukkan Diri

Bila dah tak bekerja balik nie...aku nak penuh kan aktiviti harian aku dengan mencari resepi baru untuk mencuba, belajar edit gambar...huhuhu layan adam tengok movie cartoon...seronok sangat.bila dapat jaga anak sendiri..puas hati..


Gambar terbaru dengan Adam(mama dia dah makin tembam)