Jumaat, 25 Disember 2009

Adam semakin notti...

Mungkin ada yang terfikir kan, apa benda yang Adam gigit tu..Dia gigit bekas jelly puding tu yang kita beli kat kedai tu..kita bagi makan puding tak nak,yang dia nak bekas tu siap yang macam puting.

Sambil tengok tv lagi
siap gelak2 lagi..
Nampak gigi 6 batang tu..

Rabu, 23 Disember 2009

Lama tak menulis..

Memang lama betoi aku tak menulis kat sini..sejak menjadi wanita berkerjaya ni..wah..eksyen la plak..hehehe..sememangnya aku bz sangat..kat umah tak sempat belek2 blog aku..al maklum la balik bz melayan Adam Harith ni..

Banyak citer aku nak kongsi kawan2 semua nnt aku citer kan ok..ini gambar terbaru aku dan adam..jeng jeng..

Jumaat, 23 Oktober 2009

Gempaq!!

Aku ada berita mengemparkan untuk kawan2..pertama sekali aku bersyukur kepada Allah kerana memberikan aku rezeki pada aku sekeluarga..

AKU DAH DAPAT KERJA...alhamdulillah aku dah start keja isnin aritu..best sangat..leh aku bantu suami aku..

Tapi kekadang aku sedih, aku terpaksa tinggal Adam.nasib baik mak aku nak datang kejap jaga anak sebelum aku anta Adam kat pengasuh start bulan depan..

Hari pertama aku keja, jatuh gak air mata aku ingatkan Adam kat umah..rindu sangat rasa..ya la aku tak pernah berenggang dengan dia..bila nak pegi keja mesti Adam nangis..sedih sangat hati nak tinggal dia..aku tekad dalam hati, ini semua kebaikan Adam gak..

Bila balik keja kekadang Adam macam merajuk ngan aku, sedih gak ati ni..bila bagi susu baru dia nak manja2 ngan aku..huhuhu..anak.anak..mama sayang Adam..

Isnin, 12 Oktober 2009

Kenduri dan Open House..

Semalam aku and family yang kecik ni, pegi kenduri and open house kekawan aku..hmmm...leh gak la..kenduri tu menarik sebab melayu kawin cina..jadi dia ada acara minum teh...aku tak sempat nak amik gambar..ramai gak yang nak amik gambar..dia buat kat dewan risda...Adam mengantuk la mama..

Open house kawan aku namanya faizul, tapi kita panggil jambu..hehehe..xda gak gambar sebab aku malas nak amik gambar bila ngan Adam yang semakin lasak nie..

Last aku pegi umah opismate lama aku, best...mak dia siap buat nasi ayam..sedap..bertambah gak la aku makan..macam nak kurus semua aku tibai semalam..hahaha..yang panggil aku suka mak dia bekalkan aku mangga...fuh..feveret aku mangga nie...malam tu gak makan..makan lagi.. Apa la..mama aku buat nie???hahaha

Balik umah semalam aku wat pasta plak..makan lagi..nampak gayanya aku dan mr hubby ku sedangkan meningkat berat badan kami ke makin buncit dan berisi..hahaha.dan pesanan untuk kawan kami jangan terkejut kalu jumpa kami dua makin berisi.itu bermaksud kami sangat bahagia dan semakin berbahagia..
Adam marah mama ker??

muka orang mintak nak main dan merangkak..


p/s-gambar2 kat atas tu masa time baru kuar umah nak pegi kenduri and open house..hehehe

Jumaat, 9 Oktober 2009

Adam Harith Makin Lasak...

anak kesayanganku..

Adam sekarang dah makin lasak..penat aku..hehehe..sekarang semua benda dia panjat..dalam walker tu dah tak bape nak duduk,dia panjatnya nak keluar dari walker..huhuhu..semalam,nasib baik aku sempat sambut dia panjat kuar dari walker..aduhai anak..aku dah xbape berani nak masukkan dia dalam walker dah..

Khamis, 8 Oktober 2009

Terasa Badan ku Makin Gemuk...

Bila tengok gambar aku masa open house kat bawah tu...terasa aku gemuk la..entah la lama dah timbang..last timbang 2bulan sudah rasanya..tu pon dah 58kg..isk isk..tak leh jadi ni nak kena kuruskan badan ni..tapi kalu open house makan sedap2 macamana..aisheymen..mesti xleh tahan mesti nak rasa semua makanan tu..

oleh demikian, renung2kan la..kalu kita makan banyak..apa akan jadi pada badan kita nnt..selamat mencuba berdiet utk aku..hmmm..lapar la wei..masa aku menaip nie..hahaha..

Selasa, 6 Oktober 2009

Open House..

Hari ahad lepas aku dan family kecik ni, pergi ke open house opismate papa Adam..mula2 risau gak kot2 Adam ni wat perangai..memang tak ku sangka anak lelaki aku pandai menukar mood bila sampai ke open house tu..membuatkan semua orang suka kat dia..punya la banyak dia sembang dengan aunty2 dan uncle2 kat situ..nak tergelak aku tgk..mana tak nya..bahasa dia..dia aje la faham..kat umah kawan papa adam ada buka tv tgk AF punya konsert apa entah..dia pon apa macam biasa la..menyanyi sama..semua orang tergelak tengok perangai dia..

Hari tu adam tak lekat kat tangan aku la..bertukar2 orang amik dukung dan main ngan dia..time macam ni la dapat aku rest kejap..hahaha..

sila2 la tengok gambar2 adam masa open house tu yer kawan2..



Adam bersama tuan rumah(diana)
tengok bukan main suka lagi Adam
senyuman Adam bersama Aunty2(semua ni opismate papa dia kecuali yang baju oren tu)
Uncle pojie sedang melayan Adam Aunty Mas yang suka sangat kat Adam
uncle pojie pon suka sangat Adam

Kembali Bersua...

Salam kepada semua, dah lama rasanya tak menulis..bukan tak ada topik tapi masa tak mengizinkan..hari raya tu pon tak sempat nak bergambar dan pegi beraya umah kawan2 kat kampung memandangkan Adam tak bape sihat..hari raya pertama dia kena cirit birit kesian aku tengok dia..raya ketiga bila balik ke umah MIL aku..dia kena cirit birit, muntah dan demam..hmmm..sedih aku tengok dia.bukan apa dia ni budak yang aktif bila kena macam tu..diam aje..dah bangun main pon tak larat..

Gambar terbaru Adam


Rabu, 16 September 2009

Selamat Hari Raya..

Bahang nak beraya makin terasa dikalangan kita kan..aku pun sekarang sibuk kemas2 rumah dan pack baju2 nak balik kampung lepas sahur nanti..sebenarnya baju aku dah pack dari hari isnin tu dah..memang aku suka kemas baju awal2 sebab senang tak lah mengelabah di saat akhirkan...

Raya kali ni aku ada Adam Harith Bin Mohd Shaiffadil yang semakin bijak dan lasak..best sangat rasa..Walaupun raya kali ni tak seberapa kami sambut tapi aku bertuah kerana ada Adam penyeri hidup kami berdua..Tema raya kali ni jingga atau oreng...hehehe..nnt la pas raya aku upload gambar raya ok..mesti ramai dikalangan kita nnt upload raya kan...tak sabar nak tengok..

Kawan2 blogger pon ramai bagi kad raya..antaranya..
dari zamdotcom..
dari irmarizal bakal menjadi seorang mama

Dari mamasyipah

tima kasih banyak2 yang sudi beri ucapan raya dan aku pun ucap SELAMAT HARI RAYA dan maaf zahir dan batin..sesapa yang dekat umah aku datang ke umah..aku ada kat perlis sampai raya ke 3 dan di alor setar petang raya ke 3 dan sampai la hari ahad tu..jemput2 la yer datang umah..

Ahad, 13 September 2009

Adam Harith Belajar Berdiri..

Salam, citer terbaru tentang Anak kesayangan aku nie..Sekarang Adam dah belajar berdiri sendiri,dia dah tak bape suka dah dok dalam walker dia..kekadang dia nangis2 suruh aku kuar kan dari walker dia..hehehe

jeng jeng Adam dah berdiri
kemudiannya duduk ataupun terjatuh

Bila kuar dari walker apa lagi bukan main sukanya dia, dia mula la belajar berdiri sendiri..Adam nie dia tak belajar nak merangkak tapi belajar berdiri terus..huhuhu..Mak tok dia cakap ikot Papa dia..sebab Papa skip merangkak terus berjalan..hehehe..

Adam tengah tengok iklan..
Aksi2 menonton tv..huhuhu dari belakang..

Badan Adam sekarang dah susut sket..asyik nak main aje..makan leh tahan banyak pas makan terus belajar berdiri dan panjat memanjat nie..hmm..lagi satu semalam aku dan Papa Adam terkejut dia Adam dah pandai mengeluarkan diri dari buai dia..menjerit Papa dia..aku kat dapo terus berlari ke depan tengok naper..rupa2nya dia terjun buai nak bangun..isk2..macam2 bila dia semakin besar nie..

Adam dah semakin bijak dan lasak

Selasa, 8 September 2009

Hmm..

Hari aku berbuka sorang2 sambil ditemani anak aku yang ceria memanjang ni dengan jeritan2 dia..Hubby aku ari ni berbuka dengan bos dia..aku ni tak da bos..sapa nak ajak berbuka posa bersama kan..kesian kat aku..hahaha..

Tak kan aku tak bagi hubby aku pegi kan..biar la dia sekali sekala makan sedap2 kat luar asyik makan masakkan aku aje..agak2 korang dia bosan tak makan masakkan aku..hahaha..ada ke patut soalan nie..

ok la aku nak bersiap sedia dah nak berbuka nie..aku masak simple aje arini sup ayam ,daging rebus dan air asam dan sayur goreng dah..tu la gak menu aku bersaho nanti..

P/s-Apa la agak mak aku masak kat kampung, teringat masa bujang2 dulu berbuka dengan family..bestnya..rindu sgt time tu..mak mesti sibuk kat dapo, kami adik beradik sibuk hidangkan makanan..


Rabu, 2 September 2009

Adam Harith Kuat Menjerit..

Hari ini pon aku nak citer pasal Adam lagi,sekarang Adam bukan main lagi dia.. suka menjerit2...dan suka wat bunyi macam start keta...hehehe..lawak betul aku dengar..

Time nak tido pon bukan lagi kuat lagi dia wat bunyi keta dia..hehehe..tergelak aku time buai dia..Sampai la dia tetido..

Sekarang dah pandai senyum bila nampak camera
kalu nak tau dia tengah menjerit sambil mengigitlagi best bila "saya" dapat mainan mesti menjerit lagi kuat..
"Saya" nak amik camera kat mama saya...

Ahad, 30 Ogos 2009

Adam Harith Suka Maya Karin..

Hari ini aku nak bercerita pasal anak kesayangan aku yang sorang nie. Adam sekarang dah pandai tengok TV, rancangan yang paling dia suka iklan lah...ngan rancangan kanak2..Upin & ipin, Hi5 dan Barney and friends..yang paling bestnyer Adam suka sangat tengok iklan celcom yang ada Maya Karin tu... kalu dia kat tempat lain mesti dia pegi kat depan Tv tgk iklan tu sampai abis dulu baru dia sambung main balik sambil dia senyum kat Maya Karin...ye la kan dalam iklan tu Maya Karin bercakap sambil senyum2..hahaha..kelakar aku dan papa adam tengok perangai dia...

Maya Karin artis pujaan Adam HarithAnak ku sayang

Isnin, 24 Ogos 2009

Menu Berbuka Hari Kedua

Semalam aku tak tau nak masakan apa..jadi ni aje aku masak untuk dimakan bersama Nasi Halba..Sudi la kiranya korang tengok yer..

ayam masak merah madu

jelatah timun dan tomato

sayur goreng kangkung bersama cendawan

Jumaat, 21 Ogos 2009

Malam ni Terawih

Selamat menyambut ramadhan utk semua kawan2 aku..Sesama la kita dekatkan diri ngan Allah dan melakukan amal ibadat sebanyak yang mungkin yer..

Terawih mlm ni aku tak pegi la memandangkan aku ada Adam..bawak Adam pi masjid..hmmm....kalu orang dah ada anak paham la...


Khamis, 20 Ogos 2009

Adik aku yang bongsu..

ini lah adik aku yang bongsu tuh..
(dah xda gmbr lain dah..tgk tuh muka aku n adam muka terkejut awat plak )



Kali ni aku nak citer pasal adik yang bongsu umur dia dah masuk 12tahun dah..kejap aje kan masa berlalu dah besar adik aku nie..dulu kecik lagi...tahun ni dia bakal nak exam..upsr..tuh jenuh aku tepon suh dia baca buku..

Dari dia kecik sampai la sekarang ramai orang kata dia comel...pada aku biasa aje..lagi satu hidung dia lain dari kami adik beradik..temyek..hahaha..tapi alis mata dan bulu lebat cantik...jeles aku..hahaha..puji adik sendiri plak..

Mak aku lahirkan pada 12tahun pas berat hampir mencecah 5kg..4.9kg..besarkan..time tu tgk dah macam bb 2 3 bulan...

Citer kali ni pon aku buat sebab dia komplain kat aku xda citer dah ke..boring baca yang sama..entry kali khas untuk adik chu yang busyuk masyam macam ikan masin tu..hahaha..apa2 pon aku tetap sayang dia sama mcm adik2 lain..aku ada 4orang adik semua..aku yang sulung..